Wednesday, February 10, 2010

MALAM IRAMA WAHYU II


Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera. Di sini saya ingin mengiklankan tentang konsert Malam Irama Wahyu II anjuran kelab Islamic Rhythm & Management. Sesiapa berminat bolehlah membeli tiket daripada saya bermula pada 21 Februari 2010. Segala maklumat berkaitan dengan konsert tersebut ada di atas.

Terima Kasih.

Monday, December 14, 2009

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah, tercapai sudah impianku...


Unexpected..


Sunday, November 15, 2009

Dilema Syntax Error

Baru lepas final exam.. Ada beberapa soalan yg nak kena tukar datatype String ke int.

sepatutnye gini :

public static String largest ( String val1, String val2, String val3 )
{

int num1 = Integer.parseInt(val1);
...............
.............
}

aku buat gini :

int num1 = int.parseInt(val1);

Alamak, rugi la markah aku. macamana nak dapat A+ nih......

Redha je la.. Kebetulan malam sebelum final aku tak berkesempatan untuk study parse. maklumla biasanya yang suka guna parse ni orang yang suka guna fungsi JOption jek. aku lak mahir dalam System.

Err.. kerisauan melanda jiwa..

-MRFairus

Monday, July 27, 2009

Siri Menggigil Lutut : Serangan Dukun Lintah

AMARAN : BAGI YANG LEMAH SEMANGAT, ANDA DINASIHATKKAN TIDAK MENERUSKAN BACAAN INI!!
Pernahkah anda menonton filem seram versi lama seperti Pontianak Gua Musang, Sundel Bolong, Pocong, Si Manis Jambatan Ancol ataupun Dukun Lintah? Di sini aku ingin menceritakan kisah seram yang melanda aku sekeluarga iaitu Serangan Dukun Lintah.

27 Julai 2009. Petang itu cerah. Aku sedang menyiapkan satu tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah. Aku sedang dalam percutian selama seminggu kerana kampusku ditutup akibat wabak virus H1N1 yang menular di kampus cawangan yang lain seterusnya menyebabkan cuti pertengahan semester bagi semua kampus dipercepatkan.

Sedang aku menyiapkan tugasan tersebut, rumah aku dikunjungi oleh seseorang. Seorang wanita awal 30-an memberi salam. Aku kenal wanita itu. Dia membawa sebekas air berisi sesuatu. Seperti makhluk yang terkapai-kapai menita pertolongan. Dukun lintah rupanya!!

Dukun lintah ini cukup manis senyumannya. Dia seperti tahu apa yang bersarang dalam benak kami. Tanpa disuruh-suruh, Si Dukun mula menjalankan tugasnya. Kami terkejut. Tidak disangka-sangka, kami bakal menjadi mangsa Si Dukun pada petang tersebut. Mangsa Si Dukun yang pertama ialah Ali, sepupu aku. Si Dukun mengeluarkan 3ekor lintah dari bekasnya lalu diletakkan di tengkuk Ali. Ali memdiamkan diri sahaja kerana ketakutan. Setelah menjalankan ilmunya pada Ali, Si Dukun menyerang abahku pula. 2 ekor lintah ditikam di atas kaki abahku yang sudah tidak boleh berjalan.


(Ali menjadi mangsa pertama)

Tanpa menunggu jeritan dari abahku, Si Dukun bertindak ganas menyerang tengkukku dengan 2 ekor lintah yang dengan rakus menghisap darahku. Mak Ngah aku yang sungguh ketakutan tidak dapat mengelak. Kakinya yang bermasalah itu digigit dengan kejam oleh Sang Lintah. Terpejam-pejam mata Mak Ngahku itu. Akhir sekali, adik perempuanku, Farhana pula yang menjadi mangsa. Darah perawan itu disedut dengan ganas oleh seekor lintah dimukanya. Setelah keluarga kami menerima amukan lintah-lintah tersebut, Si Dukun pulang ke rumahnya dan hadir semula membawa bekas berisi lintah yang sudah gemuk kekenyangan darah. Sang lintah belum puas menyedut darah kami.

(Aku dan adik perempuanku tidak terlepas dari menjadi mangsa)


Setelah hampir sejam menunggu, Sang Lintah yang berada di tengkuk Ali tergolek kekenyangan darah. Darah Ali terus mengalir dari celahan luka akibat terkaman Sang Lintah. Kemudian Sang Lintah yang sedang enak meratah darahku pula tergolek kekenyangan kerana darahku sedap katanya. Sementara menunggu Sang Lintah yang lain kekenyangan, Si Dukun membawa peralatan dukunnya. Dia menyapu bahan jampinya di leher Ali dan aku untuk mengelakkan darah terus keluar.

(Abah dan Mak Ngah ketakutan menjadi mangsa Sang Lintah)


Setelah hampir tamat kerja-kerja menjampi dan menghisap darah oleh Sang Lintah, Si Dukun menjamah hidangan pengeras berupa tauhu panas (Tau Fu Fa). Hampir 2 jam kami darah kami disedut. Setelah tamat semuanya, abahku membayar pengeras tanpa diminta oleh Si Dukun. Begitulah kisah kami ‘diserang’ Dukun Lintah.

(Dukun Lintah Menjalankan Upacaranya)


(Sang Lintah Yang Kekenyangan)


*Si Dukun ialah Puan Aisyah, cikgu kepada adikku yang mengajar di PDK, pusat insan istimewa. Dia menyediakan rawatan alternatif bagi penyakit seperti kencing manis, resdung, migrain dan lain-lain. Dia tidak mengamalkan ajaran sesat. Artikel ini hanya mengubah konsep penceritaan sahaja.

Saturday, June 20, 2009

Sejuk! Segar! Sedap!

Semua orang tahu keenakan rasa air soya. Lebih-lebih lagi apabila segelas air soya sejuk diminum pada waktu petang begitu mengujakan. Tahukan anda semua bagaimana untuk menghasilkan air soya daripada kacang soya sendiri?


Aku sunggguh bertuah kerana abah aku telah menceburkan diri dalam dunia soya baru-baru ini. Hasil usaha beliau yang berkerusi roda belajar dengan sepupu ipar aku membuahkan hasil yang hebat. Selain membuat soya, abah juga belajar cara-cara membuat sos dan membuat jeruk buah-buahan. Maklumla sejak bergelar OKU tak berdaftar ni, abah cuba menambahkan ekonomi rumah dan tidak terlalu bergantung kepada hasil sawit yang tak seberapa sejak kebelakangan ini.


sebelum abah membeli mesin mengisar dan memerah soya, abah menggunakan cara tradisional iaitu dengan menggunakan blender diakhiri dengan menggunakan tangan untuk memerah. Rasanya diakui sedap kerana bercampur air tangan la katakan. Hehe. Cara ini nampak mudah tetapi begitu meletihkan tenaga dan poket. Maklumla, sejak gunakan cara tradisional ini, 3 biji blender telah ‘terkorban’ termasuk blender yang baru dibeli. Akhirnya abah tekad untuk membeli mesin soya.


Harga mesin perahan soya yang baru dipasaran ialah RM 2400 manakan mesin untuk mengisar ialah RM 1900. Agak mahal dan abah begitu keberatan untuk membelinya. Tetapi pada hari keluarga yang lepas, laki Zana iaitu Arif (korang bukan kenal pun.. sepupu aku daa..) memberitahu abah ada orang nak jual mesin soya. Murah! Murah! Murah!. Wah, tanpa membuang masa selepas 2 hari tamat hari keluarga, aku dan abah pergi ke Simpang Renggam untuk melihat mesin yang dikatakan. Abang Atan, tuan empunya mesin tersebut setuju menjual mesin tersebut dengan harga RM 1600 untuk mesin memerah manakala RM 700 untuk mesin mengisar. Takpelah, barang 2nd hand tapi masih agak baru.


(Mesin Pemerah Soya)


(Mesin Pengisar Soya)


Bermula saat ini, abah telah menjadi Super Soya Man. Kih kih kih.


Di sini aku nak menunjukkan cara-cara membuat soya dengan menggunakan mesin. Diharap semua pembaca jangan terliur di keyboard anda kerana ini hanya tulisan sahaja. Nak rasa air soya dengan harga yang murah boleh datang ke rumah aku.


Langkah pertama, rendam kacang soya mengikut sukatan selama lebih kurang 5 jam. Kata Abang Atan, kacang soya yang direkomenkan adalah Cap Kunci ataupun yang berasal dari Kanada. Pemilihan kacang soya yang baik adalah penting untuk mengelakkan air yang dihasilkan tidak meragam. Selepas direndam, toskan kacang soya tersebut.


(Kacang soya yang telah direndam ditoskan)


Sementara itu, sukat air sebanyak 36 liter (anggaran untuk 4 kilo kacang soya). Sukatan ini adalah untuk menghasilkan air kacang soya yang pekat dan lazat. Yummy..

Seterusnya, masukkan kacang soya tersebut ke dalam mesin pengisar. Semasa proses mengisar dilakukan, campurkan air sedikit demi sedikit ke dalam mesin tersebut sehingga habis kesemua kacang soya. Hasilnya adalah kacang soya yang telah hancur lumat bercampur hampasnya. Prosesnya seterusnya adalah untuk memerah kacang soya yang telah lumat. Sebelum itu, masukkan air lebihan dari 36 liter air yang telah disukat tersebut untuk mencairkan pes kacang soya. Proses ini adalah penting untuk mengelakkan mesin memerah bergoncang kuat sehingga mengakibatkan penapis di dalam mesin koyak. Hal ini terjadi pada kami ketika kali pertama membuat air soya.


(cairkan sedikit kacang soya yang telah dikisar)



(dalam mesin pun campur air)


Seterusnya, masukkan pes kacang soya ke dalam mesin. Jangan lupa penapisnya ya. Masukkan sekitar 3 liter kemudian tutup mesin tersebut dengan penutupnya. Buka suis mesin dan berhati-hati yer. Silap langkah mesin tersebut akan bergoyang kuat. Tapi yang seronoknya adalah ketika mesin tersebut mengeluarkan air soya yang banyak. Mencurah-curah bagai air terjun. Setelah diperah lebih kurang 1 minit, matikan mesin dan asingkan hampas soya.


(hampas kacang soya. baik untuk menggemukkan ayam)


Setelah siap semua proses, soya anda sedia untuk dimasak. Belum boleh minum daa..


(Air soya keluar mencurah-curah)


(sedia untuk dimasak)

Proses seterusnya adalah memasak air soya. Di sini, kita diberi pilihan untuk membuat air soya ataupun TauFuFa (tauhu panas). Untuk membuat air soya, masak terus tanpa memerlukan bahan lain kecuali gula dan daun pandan manakala untuk membuat TauFuFa, bahan seperti tepung jagung diperlukan. Sukatannya adalah rahsia. Hehe.



(Air soya sedia untuk diminum dan masih panas)


Akhirnya tamat proses untuk membuat soya. Nampak senang tetapi kalau malas susah gak. Jadi selepas ini kalau nak minum sendiri bolehla mencuba sendiri ye. Guna blender pun boleh tapi pastikan dalam warranty untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku. Kui kui. Kepada ‘jejaka soya’ dan ‘gadis soya’, jangan lupa mencuba sendiri ye. Sekian.


MRFairus


p/s : jejaka dan gadis soya = lelaki dan perempuan penggemar soya

Friday, June 19, 2009

"Hari Keluarga" Keluarga aku

Pada 5hb Jun hingga 7hb Jun, family abah aku n adik beradiknya telah membuat 1 family day yang cukup meriah. memandangkan abg sepupu aku dah wat laporan tentang family day ni, aku linkkan je laporan tersebut.

BAHAGIAN PERTAMA
http://mazaaida.blogspot.com/2009/06/keluargaku-hari-keluarga-taha-saliah.html

BAHAGIAN KEDUA
http://mazaaida.blogspot.com/2009/06/keluargaku-hari-keluarga-taha-saliah_13.html

BAHAGIAN AKHIR
http://mazaaida.blogspot.com/2009/06/keluargaku-hari-keluarga-taha-saliah_13.html

wah. senang je keje aku. sori MAZA ye copy paste. hehe

Friday, May 22, 2009

Festival Nasyid Selatan 2009







Aku baru sehari pulang dari UiTM Segamat.. Program FENAS atau lebih dikenali sebagai festival nasyid selatan. sebanyak 15 ipt yang bertanding dengan 16 pasukan (UiTM segamat hantar 2 team).






Kesudahannya selepas 2 kali saringan dan final, keputusannya adalah berikut:






Johan - UPSI



Naib Johan - UiTM Segamat (Team A)



Ketiga - UiTM Perak






Team aku?? mm... . takde rezeki.. lagipun sorang vokalis team aku demam masa performance..






ok, thats all.






-MRFairus

Friday, April 17, 2009

IN THE END or END OF THE DAY??


sebenarnya aku dah lama tak tulis blog nih. dulu2 rajin gak. mungkin disebabkan kesibukan sbg student kat sini.


pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada EN ABD MALIK BIN MOHD RICK (br aku perasan aku sorang je pggl 'encik Malik') kerana telah menurunkan ilmu yang agak pelik. maklumla xpenah blaja dulu. huhu. terima kasih juga kerana bg assignment 1st suh buat blog nih. klau tak mmg xpenah nak tulih blog.


terima kasih jugak kepada rakan-rakan semua (adib,acot,saib,kiki,bipi,ateng,nurul,iza,fatin,ika,ima,seha,farahain,fafa,aini,adeq,pa,abby,ana,esa,noe,arrdy,nun, wau, ha,lam alif,hamzah ya) kerana atas segala bantuan sama ada sengaja atau tidak. tanpamu teman hidup aku tak bermakna. penuh dengan suka duka, pahit manis, masam masin.


sedar atau tidak kita sudah masuk ke minggu peperiksaaan. segala usah yang kita lakukan semasa blaja 1 semester ni akan dibuktikan pada kertas peperiksaan dan sudah terbukti 40% pada carry mark. semoga semua kwn2 dapat success masa jawab paper nanti..


sempena nak masuk minggu peperiksaan ni, saya menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan dan en malik jika saya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, terguris hati, tergigit lidah, termakan cili. doakan diri kwn2 dan saya semoga berjaya menjawab peperiksaan dengan tenang.


Dengan ini saya secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Class Representative (wakil kelas) bagi sesi nov 2008 - apr 2009. Perlantikan Class Rep yang baru akan diadakan selepas cuti semester ini. insyaallah.


oklah, cukupla setakat tu tulis. xtau nak tulis aper. GOOD LUCK sumer.




-MRFairus



Thursday, January 29, 2009

Siri Jelajah Percutian (Bahagian 2 - bahagian akhir)

Nak makan NASIK MINYAK rumah aku?? jom datang beramai2 ke.....


baca keterangan di bawah sekali di bawah tajuk walimatul urus


Bahagian 2

ok kawan2, assalamualaikum semua. ni aku nak sambung sikit cerita tentang masa cuti nih. pada hari Rabu, 28 Januari 2009 aku tolong la ape2 kat rumah aku ni. ntah abah aku nak wat ape ntah, katanya nak besarkan sikit bilik bagi selesa. mak aku cakap nak buat bilik pengantin, ntah pengantin saper aku tak tau.

kebelakangan ni aku duduk rumah asik batuk2 jer. abuk banyak pasal Wak Saripin and the geng2 tukang tengah pecahkan dinding. buat kali pertama seumur hidupku berjalan2 dalam rumah pakai selipar. dah macam org putih lak. hehe. pada petang tu lak Wak Saripin menjemput aku dan abah pergi kenduri Arwah rumahnya. Aku tanya Wak Saripin, "Arwah Mane Yang Nak Datang Malam Ni??" dia jawab la "ada la dalam senarai Wak. tak larat nak sebut. kalau datang betul2 lari orang semua", hahaha. ketawa semua yang ade kat situ. maklumla, keluarga aku terkenal dengan kelakar dan ramah. errrr. aku ramah tak??


besarkan bilik agaknya


wak saripin n de gang
pandangan hadapan rumahku


malam tu aku pergi rumah Wak Saripin sorg2. abah kompem tak boleh pergi pasal keuzurannya. bukan uzur org pompuan tapi memang tak boleh nak jalan. pakai kerusi roda je. sampai je rumah Wak Saripin aku pun salam2 org yang dah ade. tak ramai, aku org no. 2 sampai. lepas aku sampai barulah berduyun2 yang datang.

aku pun masuk la kt rumah wak saripin. lor, aku duduk seblah imam rupanya. takperla dapat berkat lebih sikit. tapi memang dapat berkat pun lepas balik. hehehe. majlis pun berjalan dengan lancar. kenyang dah aku macam ular. hehe



Para Jemputan Memenuhi Ruang rumah


hidangan yang menyelerakan....


sebenarnya kita seelok2nya campur dengan masyarakat. macam aku boleh dikatakan 80% kenal aku kat Felda ni. bukan ape, klau kita campur ngan masyarakat, semua orang suka.. insyaallah ada keberkatannya. so jangan duduk sorang2 yer??

Walimatul Urus

hahahaha. WAKENABEB!!!. aku pun tak kenal sape ntah Aisyah. aku hentam je letak nama tu. kikiki. sori la, aku kan dulu buat kad jemputan, so aku tak penah buat untuk diri sendiri lagi. hehe.


Adios.....

Tuesday, January 27, 2009

CHAPTER 2 : THE INTERNET, THE WEB AND ELECTRONIC COMMERCE

The Internet and The Web

The internet was launched in 1969 when the United States funded a project that developed a national computer network called Advanced Research Project Agency Network (ARPANET)
The internet connects million of computers and resources throughout the world.
The web is a multimedia interface to the resources available on the internet.
From the internet, we can do communicating, shopping, searching, entertainment and education or e-learning.

for more information, klik here.

Access

Once you are on the internet, your computer become an extension of what seems like a giant computer-computer that branches all over the world. When provided with a connection to the internet, you can use a browser program to search the web.

Providers

The most common way to access the internet is through an Internet Service Provider (ISP). The providers are already connected to the internet and provide a path or connection for individuals to access the internet.
The most widely used commercial Internet Service Providers are national (provide access through standard telephone or cable connections) and wireless (provide internet connections with wireless modems an a wide array of wireless devices).

Browsers
program that provide access to web resources. We can do web surfing and exploring, transfer files, display text and sound. Example of web browser: Mozilla Firefox, Netscape Communication, Internet Explorer and Opera.

Communication

The most activity through internet is communication. There is three most popular types of internet communication that is e-mail, instant messaging and social networking.

Email

E-mail or electronic mail is the transmission of electronic messages over the internet. Example: Microsoft Outlook Express, Mozilla Thunderbird.

Instant Messaging

Instant messaging (IM) is an extension of e-mail that allows two or more people to contact each other via direct, live communication. Example: Yahoo Messenger, Windows Messenger

Social Networking

Connecting individuals to one another. There are three main categories of social networking site: reuniting, friend-of-a-friend and common interest. Example: MySpace, Friendster, Facebook.

Search Tools

The function of search tools is to collect the information through internet. There are three main categories of search tools; search engines, metasearch engines and specialized search engines.

Search Engines

Search engines are specialized programs that assist us in locating information on the web and the internet. Example: Yahoo!, Google, Ask Jeeves and MSN.

Metasearch Engines

Metasearch engines are programs that automatically submit your search request to several search engines simultaneously. Example: Dogpile, Ixquick and MetaCrawler.

Specialized Search Engines

Specialized search engines focus on subject-specific websites. Example: http://www.infomat.com/ for fashion and http://www.medsite.com/ for medicine.

Electronic Commerce

Electronic commerce or e-commerce is the buying and selling of goods over the internet. There are three main category of e-commerce; business to consumer (B2C), consumer to consumer (C2C) and business to business (B2B).

Business to Consumer (B2C)

Involves the sale of a product or service to general public or end users. Example: online banking, online stock trading and online shopping.

Consumer to Consumer (C2C)

Involves individuals selling to individuals. This often takes the form of an electronic version of the classified ads or an auction. Example: E-Bay, Lelong, Amazon.

Business to Business (B2B)
Involves the sale of a product or service from one business to another. This is typically a manufacturer-supplier relationship.


Web Utilities

Web utilities are specialized utility programs that make using the internet and the web easier and safer.

Web based applications

Typically, application program are owned by individuals or organizations and stored on their computer system’s hard disk. An emerging trend, however, is to free users from owning and storing applications by using Web-Based services such as Think Free. This free service provides access to programs with capabilities similar to Microsoft Word, Excel and PowerPoint.

FTP

Files Transfer Protocols (FTP) is an internet standard for transferring files.

Plug-Ins

Plug-Ins are programs that are automatically started and operate as a part of your browser. Many websites required one or more plug-ins to fully experience their content. Example: Acrobat reader, Quick Time, Real Player.

Filters

Filters block access to selected sites. The internet is an interesting and multifaceted arena. But one of those facets is a dark and seamy one. Example: CyberPatrol, Net Nanny, WebSense.

Internet Security Suite

An internet security suite is a collection of utility programs designed to maintain our security and privacy while we are on the web. Example: McAfee’s Internet Security, Kaspersky Internet Security Suites.

CHAPTER 1 : INFORMATION TECHNOLOGY, THE INTERNET AND YOU



Information Systems

An information system has five parts; that is people, procedures, software, hardware, data and connectivity (extra part).

People
End users that use computer to make themselves more productive.

Procedures
The rules or guidelines for people to follow when using software, hardware and data.

Software
A program consist of the step by step instructions that tell the computer how to do it works.
There are 2 type of software;






  • System software
    Enable the application software to interact with the computer hardware. System software is not a single program. It is a collection of program like;
    Operating system
    Programs that coordinate computer resources, provide an interface between users and the computer, and run the application.
    Example: Windows XP, Windows Vista, Mac OS X, UBUNTU
    Utilities
    Perform specific tasks related to managing computer resources.
    Example : Disk Defragmenter, Disk Cleanup, Partition Magic.



  • Application Software
    Might be described as end user software. It can be categorized as basic or specialized applications.
    Basic application, such as browser, word processor, spreadsheet, database, and presentation graphics.
    Specialized application such as video editing, web authoring, graphic, sound and artificial intelligence programs.



Hardware
The equipment that processes the data to create information.

Types of computer

Supercomputer
Most powerful computer. Example: IBM’s Blue Gene.


Mainframe computer
Capable to do great processing speeds and data storage but less than supercomputer.

Mini computer
Midrange computers, refrigerator-sized machine.

Microcomputer
Least powerful but widely used and fastest-growing, type of computer. Example; desktop, notebook, tablet PC and handheld computer.


Data
The raw, unprocessed facts, including text, numbers, images and sounds.

There are 4 types of common files.
Document files, created by word processor such as Microsoft Word.
Worksheet files, created by electronic spreadsheets to analyze thing such as Microsoft Excel.
Database files, created by database management programs to contain highly structured and organized data such as Microsoft Access.
Presentation files, created by presentation graphics program such as Microsoft PowerPoint.

Connectivity
Allow computer to connect and to share information. Central to the concept of connectivity is the network. The largest in the world is the internet

Monday, January 26, 2009

Siri Jelajah Percutian (bahagian 1)

4 Januari 2009

PERJALANAN PULANG

UiTM Segamat, 10.00 pagi - akhirnya tiba la saat aku balik ke kampung setelah hampir sebulan tak balik. rasa macam org luar lak. hehe. sambil terhencut2 kaki aku bawak beg ke van Wari, wari pun tanyer kat aku. "pesal kaki ko tu?". aku cakap la "malam tadi aku main futsal la. 6 org jek. tu la yg tggl kat TS ngan SR. klau main tiap2 malam leh kurus aku". diorang bantai gelak kat aku, tapi aku x kisah pun. aku suka suasana ceria pada pagi bersejarah tu. hik2.

akhirnya berlepas la aku pulang ke kampung halaman tercinta. takla kampung sangat 'kampung' aku tu. Felda jek. tp istilah je kan. setelah jauh perjalanan dan berhenti makan di machap, akhirnya sampai jugak ke rumah tercinta..

Felda Lok Heng, 2.30 ptg - riuh rendahla rumah aku. biasa la, sebagai seorang anak mula2 sampai kena cium tangan mak abah, pas tu adik2. yang kecik skali kena cium lama skit. rindu beb! lepas sesi salam dan cium2 di rumah, aku pun ronda2 la kawasan rumah. mana tau sebulan aku tak balik dah ada bangunan tinggi2 kat sekeliling. rupanya takde yek? ahakz. berangan lebih je aku nih. tapi alhamdulillah la family aku semua sihat. syukur. baru2 ni abah aku kata dia dah boleh jalan. sebelum ni cuma berkerusi roda. abah cakap lepas berendam kat kolam air panas ari tu trus je sihat. bagus gak yek ubat-ubatan semulajadi ni?

lepas jalan2 sekeliling rumah, jiran2 semua tegur. "dah kurus ko angah??" kembang gak diorang kata gitu. hehe. tapi aku rasa mcm x kurus pun. oh ya, buat pengetahuan semua aku ngan jiran2 sekeliling memang rapat macam satu family. siap ade yg offer jadi menantu tapi aku senyum jer. hehe, dalam hati cakap "kalau nak bagi tu yang lawa2 pun ok gak" hehe. lepas tu aku pun pergi tempat kerja lama aku, Pusat Komputer Klik. kat pintu masuk kedai komputer tu aku jumpa seseorang yg aku kenal. laaa. Raedha rupanya. YDP Sektor A. alahai, dah la bilik dekat2, kat sini pun jumpa lg ke. aku salam ngan dia lepas tu terus masuk kedai. Kak ayu gembira bukan main tengok aku. wa, ramai nak 'payung' @ belanja makan nih. tengah syok aku bual2 tiba2 mak aku telefon.. "angah, ada berita baik ngan berita buruk' yang baiknya Kak ana (isteri sepupu aku) dah bersalin. yang buruknya anaknya meninggal lepas beberapa minit lahir".. Innalillah...

Aku pun lekas2 balik. mak cakap nak pegi saing pak long aku. pak long aku ada van, klau nak pergi satu family aku naik wira kat rumah ni memang tak muat. maklumla keluarga aku saiz anak Dinasour. maka kami pun bertolak lepas maghrib dengan sebuah kereta dan sebuah van. akulah driver van pada malam tersebut pasal pak long aku malam2 x berapa nampak.

Kampung Sri Lukut, Kahang, 10.30 malam - Sampai saja di rumah mak ngah aku, kami disambut dengan suasana yang agak suram. maklumla ada kematian, takkan nak bersorak plak. aku lantas masuk ke dalam rumah. nak tengok jenazah baby sepupu aku tu.sepupu aku takde kerana menemani isterinya di Hospital Johor Bahru. alangkah sedihnya melihat jenazah sang bayi yang serba kekurangan. telinga sebelah tiada, tiada dua2 buah pinggang dan yang paling sedih tidak diketahui jantinanya. 'anu' dia kosong dan rata termasuk tiada belahan punggung. aku nak je amik gambar tapi segan. mak cakap nanti macam wartawan lak.

malam tu aku pun menolong mak ngah aku untuk menguruskan hal2 pengkebumian, nak jumpa tukang kubur, nak jumpa tukang kain kafan dan nak jumpa imam. biasala, aku memang selalu menjadi peneman sama ada sedara2 atau jiran2 dalam sesuatu hal kemasyarakatan nih. setelah siap semua persiapan, maka malam tu semua kami sekeluarga menjadi "PENJAGA ARWAH".. kikikikiki. dah macam cerita seram lak.







keesokannya, seawal pagi kami dah bersiap2 untuk menguruskan jenazah dari memandikan, mengkafankan, solat jenazah sampai ke liang lahad. tapi aku tak buat pun, aku tengok je masa mandi, kafan dan kebumi. solat je aku buat. dah siap urusan pengkebumian, malam tu sepatutnya ada kenduri arwah.

pada petang tu pulak aku mengambil kesempatan untuk merehatkan minda dan badan di Jambatan Biru (kawasan peranginan Sungai Temigol) yang tak jauh dari rumah mak ngah aku. toksah cerita la best ke tak, tapi memang best.. hahaha. korang jangan jeles..

KESEJUKAN AIR SUNGAI

25 Januari 2009

Kampung, Sri Lukut, Kahang, Kluang

kawasan peranginan Jambatan Biru



kira pengalaman aku mandi sungai ni tak tergambar seronoknya. tengok gambar pun leh tau kan?. haha, jadi klau ada sesiapa yang berminat nak datang sini bgtau je aku. nak berkhemah pun boleh, memang ada tapak perkhemahan di sini. jadi lepas2 mandi aku balik la rumah mak ngah aku. uish, sejuk badan aku. malam tu ada kenduri, berjalan seperti biasa. lepas tu balik.
jadi setakat ini aku pengalaman yang aku tulis masa cuti nih. bukan untuk aper, tapi nak kutip markah assignment nih. hehehe. oklah, enjoy your reading. klau ada masa lapang, komen la sesuatu yang membina ok? see yaa.
bersambung....

















INTERNET(from previous blog)

What is Internet?

Definition of Internet.



1. Internet is a global system of interconnected computer networks that interchange data by packet switching using the standardized Internet Protocol Suite (TCP/IP). – Wikipedia [1]

2. The internet is a large network that connects together smaller networks all over the globe. – Computer Essentials 2008 [2]

3. Internet provides, uses or makes accessible, either publicly or privately, high level services layered on the communications and related infrastructure described herein. – dotnetheaven.com [3]

From my opinion, internet stand to a “International Networking” that links from other computer device(computer, PDA, mobile phone, etc) to other computer device so we can share information, do business, military and many more using special and unique compatible protocols.




Who own the internet?

From the wikipedia website [4] dotnetheaven.com [3], and Computer Essential 2008 books [4], I assume that nobody owned the internet but there is some organization that influenced internet services.

The World Wide Web Consortium (W3C) - HTML [3]
The Internet Engineering Task Force (IETF) - evolution of the Internet. [3]
The Internet Engineering Steering Group (IESG) - managing IETF activities. [3]
The Internet Architecture Board (IAB) [3]
The Internet Society (ISOC) [3]
The Internet Assigned Numbers Authority (IANA) - responsible for assigning IP addresses and domain names. [3]

-MR.Fairus

References
[1] http://en.wikipedia.org/wiki/Internet
[2] Computer Essentials 2008, Complete Edition, Timothy j. O’Leary, Linda l. O’Leary. McGraw Hill
[3]http://www.dotnetheaven.com/Uploadfile/mahesh/Internet05202005023228AM/Internet.aspx?ArticleID=ef654388-8563-41fe-896b-de9a66aed39d
[4] http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_the_Internet

COMPUTER GENERATION (from previous blog)




On the 1st generation, computers are created using vacuum tubes as their main electronics element.[2].For example, in 1945, John W. Mauchly and J. Presper Eckert built ENIAC (Electronic Numerical Integrator And computer) weight 30 tons, contains 18000 vacuum tubes, occupies a 30 x 50 foot space, consumes 160 kilowatts of power.[3].


SECOND GENERATION COMPUTERS (1954-1959) - TRANSISTOR


On 1947, William Shockley, John Bardeen and Walter Brattain invent the transfer resistance device, named the transistor. The transistor are more reliable than vacuum tubes.[3]


THIRD GENERATION COMPUTERS (1959-1971) - IC


For the third generation computers, on 1959, Jack Kilby of Texas Instruments patented the first integrated circuit in February 1959.The IBM system/360 computer is the first family of compatible machines, merging science and business lines that using integrated circuit on 1964. [3]


FOURTH GENERATION (1971-1991) - MICROPROCESSOR

On 1971, Gilbert Hyatt at Micro Computer Co. patented the microprocessor. That is the fourth generation computers, built with chips that use LSI(large-scale integration). [3]


FIFTH GENERATION (1991 AND ABOVE)

The 5th generation of computer arrive with World Wide Web Consortium releases standards that describe a framework for linking documents on different computers. On this generation, there a lot of computer evolve to a new technology such as new operating systems( Windows XP, LINUX, etc), wireless technology that make our life easier. [3]


-MR. Fairus





References
[1] http://history.sandiego.edu/GEN/recording/computer1.html
[2] http://en.wikipedia.org/wiki/Computer#History_of_computing
[3] Discovering Computers Fundamental, Third Edition – Gary B. Shelly, Thomas J. Cashman, Misty E. Vermaat. Thomson Course Technology.

New World! New Year! New Friend! (from previous blog)



On 26 Disember 2008 I experienced new thing in my life. Just forget about the bored and tiring MMS (Minggu Mesra Siswa), so we started out class on 30 Disember 2008.
Starting our semester with the Hijri and Masihi New Year, i filled with new hope or “azam baru”. On our 1st class meeting, we met at Sri Laksamana with our program coordinator. before that, i were choosen by my friend as class representative (kira ketua darjah la ni). I don’t know why they choose me.. Am i the most handsome man in my class or i have the criteria to be a good leader?? I hope my heart always IKHLAS doing this job. Aminnn
Talking about my class.. Mmmm. Our group name is CSD1S1 from Diploma in Computer Science. There are 8 boy n 17 girl here. Mostly are Johorian. Alhamdulillah, all of the boy i remembered clearly but the girl it is a bit difficult to remember. So many share the same name. A lot of Nur, A lot of Nuriza and Fatin too. We, the boys only know their comercial name like Abby, Pa, Ardi, Adeq, Fafa, Fifi, Fufu?? But i think someday we will know each other well.
At this semester, we have 6 different courses to attend with different lecturer. i find little funny when i heard my friend call our lecturer “Cikgu!!”. So formal like studying at school. Hehe. But that is the part of learning process.. Our 1st lecturer is Puan Sharifah. She is very funny n kind to us. She teach C++ programming. Quite difficult courses but I think we need time to catch the syllibus. Our next lecturer is Puan Siti Fatimah who taught us mathematics. Quite funny although her face seem like angry. I think she recently married because i heard last semester her student called her Miss.
For English class, we have 2 lecturer. The 1st one is Mr. James Kuna Ratnam and the second one is Miss Fazdilah. They are very interesting lecturer and funny.



CSC 119 Courses





Sometimes, we had to face different lecturer in same courses. For CSC119 courses, we recently meet with Mr Abd Malik, the young and happy go lucky lecturer who ask me and my classmate to create a blog. Although it is a little bit hard to do but i think this kind of method are suitable for us, as Computer Science student. Besides we can create our own blo and it realy interesting for me.
From the class, what we learnt is about computer from chapter one. It is about hardware, software, the evolution of computer and many things. It’s really interesting for me. From the class I know there3 type of local networking like LAN (Local Area Network), MAN (Metropolitan Area Network) and WAN (Wide Area Network).

I hope my blog will be part of the information site since this is my 1st blog and i want to create more and more information to you. please support me..
-MR.Fairus-

Haha. Finally i'm a blogspot blogger!!









Pertama skali abg ngah nak ucapkan selamat sejahtera, ahlan wasahlan kepada semua yg melawat blog abg ngah yg baru. maklumla sebelum ni blog abg ngah (fairusahmad.wordpress.com) agak lambat masa utk loading, diharapkan blog baru ni lebih pantas dan bertenaga seperti orang muda2. Uhuk3 maklumla abg ngah dah tua. kui kui.




sooooo. enjoyyyyy reading my bloggggggg.



(merenung masa depan)





-AbgNgah@Mr.Fairus-