PERJALANAN PULANG
UiTM Segamat, 10.00 pagi - akhirnya tiba la saat aku balik ke kampung setelah hampir sebulan tak balik. rasa macam org luar lak. hehe. sambil terhencut2 kaki aku bawak beg ke van Wari, wari pun tanyer kat aku. "pesal kaki ko tu?". aku cakap la "malam tadi aku main futsal la. 6 org jek. tu la yg tggl kat TS ngan SR. klau main tiap2 malam leh kurus aku". diorang bantai gelak kat aku, tapi aku x kisah pun. aku suka suasana ceria pada pagi bersejarah tu. hik2.
akhirnya berlepas la aku pulang ke kampung halaman tercinta. takla kampung sangat 'kampung' aku tu. Felda jek. tp istilah je kan. setelah jauh perjalanan dan berhenti makan di machap, akhirnya sampai jugak ke rumah tercinta..
Felda Lok Heng, 2.30 ptg - riuh rendahla rumah aku. biasa la, sebagai seorang anak mula2 sampai kena cium tangan mak abah, pas tu adik2. yang kecik skali kena cium lama skit. rindu beb! lepas sesi salam dan cium2 di rumah, aku pun ronda2 la kawasan rumah. mana tau sebulan aku tak balik dah ada bangunan tinggi2 kat sekeliling. rupanya takde yek? ahakz. berangan lebih je aku nih. tapi alhamdulillah la family aku semua sihat. syukur. baru2 ni abah aku kata dia dah boleh jalan. sebelum ni cuma berkerusi roda. abah cakap lepas berendam kat kolam air panas ari tu trus je sihat. bagus gak yek ubat-ubatan semulajadi ni?
lepas jalan2 sekeliling rumah, jiran2 semua tegur. "dah kurus ko angah??" kembang gak diorang kata gitu. hehe. tapi aku rasa mcm x kurus pun. oh ya, buat pengetahuan semua aku ngan jiran2 sekeliling memang rapat macam satu family. siap ade yg offer jadi menantu tapi aku senyum jer. hehe, dalam hati cakap "kalau nak bagi tu yang lawa2 pun ok gak" hehe. lepas tu aku pun pergi tempat kerja lama aku, Pusat Komputer Klik. kat pintu masuk kedai komputer tu aku jumpa seseorang yg aku kenal. laaa. Raedha rupanya. YDP Sektor A. alahai, dah la bilik dekat2, kat sini pun jumpa lg ke. aku salam ngan dia lepas tu terus masuk kedai. Kak ayu gembira bukan main tengok aku. wa, ramai nak 'payung' @ belanja makan nih. tengah syok aku bual2 tiba2 mak aku telefon.. "angah, ada berita baik ngan berita buruk' yang baiknya Kak ana (isteri sepupu aku) dah bersalin. yang buruknya anaknya meninggal lepas beberapa minit lahir".. Innalillah...
Aku pun lekas2 balik. mak cakap nak pegi saing pak long aku. pak long aku ada van, klau nak pergi satu family aku naik wira kat rumah ni memang tak muat. maklumla keluarga aku saiz anak Dinasour. maka kami pun bertolak lepas maghrib dengan sebuah kereta dan sebuah van. akulah driver van pada malam tersebut pasal pak long aku malam2 x berapa nampak.
Kampung Sri Lukut, Kahang, 10.30 malam - Sampai saja di rumah mak ngah aku, kami disambut dengan suasana yang agak suram. maklumla ada kematian, takkan nak bersorak plak. aku lantas masuk ke dalam rumah. nak tengok jenazah baby sepupu aku tu.sepupu aku takde kerana menemani isterinya di Hospital Johor Bahru. alangkah sedihnya melihat jenazah sang bayi yang serba kekurangan. telinga sebelah tiada, tiada dua2 buah pinggang dan yang paling sedih tidak diketahui jantinanya. 'anu' dia kosong dan rata termasuk tiada belahan punggung. aku nak je amik gambar tapi segan. mak cakap nanti macam wartawan lak.
malam tu aku pun menolong mak ngah aku untuk menguruskan hal2 pengkebumian, nak jumpa tukang kubur, nak jumpa tukang kain kafan dan nak jumpa imam. biasala, aku memang selalu menjadi peneman sama ada sedara2 atau jiran2 dalam sesuatu hal kemasyarakatan nih. setelah siap semua persiapan, maka malam tu semua kami sekeluarga menjadi "PENJAGA ARWAH".. kikikikiki. dah macam cerita seram lak.
keesokannya, seawal pagi kami dah bersiap2 untuk menguruskan jenazah dari memandikan, mengkafankan, solat jenazah sampai ke liang lahad. tapi aku tak buat pun, aku tengok je masa mandi, kafan dan kebumi. solat je aku buat. dah siap urusan pengkebumian, malam tu sepatutnya ada kenduri arwah.
pada petang tu pulak aku mengambil kesempatan untuk merehatkan minda dan badan di Jambatan Biru (kawasan peranginan Sungai Temigol) yang tak jauh dari rumah mak ngah aku. toksah cerita la best ke tak, tapi memang best.. hahaha. korang jangan jeles..
KESEJUKAN AIR SUNGAI
25 Januari 2009
Kampung, Sri Lukut, Kahang, Kluang
wow.. bab sungai tu tak tahan tu..
ReplyDeletebest wooo......huhuhuh
rasa nak balik kahang ajelah.......
uwakkkk!!!!