Saturday, June 20, 2009

Sejuk! Segar! Sedap!

Semua orang tahu keenakan rasa air soya. Lebih-lebih lagi apabila segelas air soya sejuk diminum pada waktu petang begitu mengujakan. Tahukan anda semua bagaimana untuk menghasilkan air soya daripada kacang soya sendiri?


Aku sunggguh bertuah kerana abah aku telah menceburkan diri dalam dunia soya baru-baru ini. Hasil usaha beliau yang berkerusi roda belajar dengan sepupu ipar aku membuahkan hasil yang hebat. Selain membuat soya, abah juga belajar cara-cara membuat sos dan membuat jeruk buah-buahan. Maklumla sejak bergelar OKU tak berdaftar ni, abah cuba menambahkan ekonomi rumah dan tidak terlalu bergantung kepada hasil sawit yang tak seberapa sejak kebelakangan ini.


sebelum abah membeli mesin mengisar dan memerah soya, abah menggunakan cara tradisional iaitu dengan menggunakan blender diakhiri dengan menggunakan tangan untuk memerah. Rasanya diakui sedap kerana bercampur air tangan la katakan. Hehe. Cara ini nampak mudah tetapi begitu meletihkan tenaga dan poket. Maklumla, sejak gunakan cara tradisional ini, 3 biji blender telah ‘terkorban’ termasuk blender yang baru dibeli. Akhirnya abah tekad untuk membeli mesin soya.


Harga mesin perahan soya yang baru dipasaran ialah RM 2400 manakan mesin untuk mengisar ialah RM 1900. Agak mahal dan abah begitu keberatan untuk membelinya. Tetapi pada hari keluarga yang lepas, laki Zana iaitu Arif (korang bukan kenal pun.. sepupu aku daa..) memberitahu abah ada orang nak jual mesin soya. Murah! Murah! Murah!. Wah, tanpa membuang masa selepas 2 hari tamat hari keluarga, aku dan abah pergi ke Simpang Renggam untuk melihat mesin yang dikatakan. Abang Atan, tuan empunya mesin tersebut setuju menjual mesin tersebut dengan harga RM 1600 untuk mesin memerah manakala RM 700 untuk mesin mengisar. Takpelah, barang 2nd hand tapi masih agak baru.


(Mesin Pemerah Soya)


(Mesin Pengisar Soya)


Bermula saat ini, abah telah menjadi Super Soya Man. Kih kih kih.


Di sini aku nak menunjukkan cara-cara membuat soya dengan menggunakan mesin. Diharap semua pembaca jangan terliur di keyboard anda kerana ini hanya tulisan sahaja. Nak rasa air soya dengan harga yang murah boleh datang ke rumah aku.


Langkah pertama, rendam kacang soya mengikut sukatan selama lebih kurang 5 jam. Kata Abang Atan, kacang soya yang direkomenkan adalah Cap Kunci ataupun yang berasal dari Kanada. Pemilihan kacang soya yang baik adalah penting untuk mengelakkan air yang dihasilkan tidak meragam. Selepas direndam, toskan kacang soya tersebut.


(Kacang soya yang telah direndam ditoskan)


Sementara itu, sukat air sebanyak 36 liter (anggaran untuk 4 kilo kacang soya). Sukatan ini adalah untuk menghasilkan air kacang soya yang pekat dan lazat. Yummy..

Seterusnya, masukkan kacang soya tersebut ke dalam mesin pengisar. Semasa proses mengisar dilakukan, campurkan air sedikit demi sedikit ke dalam mesin tersebut sehingga habis kesemua kacang soya. Hasilnya adalah kacang soya yang telah hancur lumat bercampur hampasnya. Prosesnya seterusnya adalah untuk memerah kacang soya yang telah lumat. Sebelum itu, masukkan air lebihan dari 36 liter air yang telah disukat tersebut untuk mencairkan pes kacang soya. Proses ini adalah penting untuk mengelakkan mesin memerah bergoncang kuat sehingga mengakibatkan penapis di dalam mesin koyak. Hal ini terjadi pada kami ketika kali pertama membuat air soya.


(cairkan sedikit kacang soya yang telah dikisar)



(dalam mesin pun campur air)


Seterusnya, masukkan pes kacang soya ke dalam mesin. Jangan lupa penapisnya ya. Masukkan sekitar 3 liter kemudian tutup mesin tersebut dengan penutupnya. Buka suis mesin dan berhati-hati yer. Silap langkah mesin tersebut akan bergoyang kuat. Tapi yang seronoknya adalah ketika mesin tersebut mengeluarkan air soya yang banyak. Mencurah-curah bagai air terjun. Setelah diperah lebih kurang 1 minit, matikan mesin dan asingkan hampas soya.


(hampas kacang soya. baik untuk menggemukkan ayam)


Setelah siap semua proses, soya anda sedia untuk dimasak. Belum boleh minum daa..


(Air soya keluar mencurah-curah)


(sedia untuk dimasak)

Proses seterusnya adalah memasak air soya. Di sini, kita diberi pilihan untuk membuat air soya ataupun TauFuFa (tauhu panas). Untuk membuat air soya, masak terus tanpa memerlukan bahan lain kecuali gula dan daun pandan manakala untuk membuat TauFuFa, bahan seperti tepung jagung diperlukan. Sukatannya adalah rahsia. Hehe.



(Air soya sedia untuk diminum dan masih panas)


Akhirnya tamat proses untuk membuat soya. Nampak senang tetapi kalau malas susah gak. Jadi selepas ini kalau nak minum sendiri bolehla mencuba sendiri ye. Guna blender pun boleh tapi pastikan dalam warranty untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku. Kui kui. Kepada ‘jejaka soya’ dan ‘gadis soya’, jangan lupa mencuba sendiri ye. Sekian.


MRFairus


p/s : jejaka dan gadis soya = lelaki dan perempuan penggemar soya

11 comments:

  1. wah! saudagar kita semakin mengorak langkah menambahkan aset..huhuhu

    tahniah!
    erk.. lusa abg antar resume boleh.. nak apply jadi CEO jerk..


    heheheh

    ReplyDelete
  2. CEO abah ler. err, tukang cedok air ade kosong. nak ker? hehe

    ReplyDelete
  3. Wahh....abg ngah jd anak tauke air soya yea...
    org ske minum air soya...bwklh balik segamat..leh org rse ugak..trliur org tgk..huhu..;)

    ReplyDelete
  4. hehe. kena tanyer tokei dulu. tapi rasanya akan berada dalam pasaran uitm johor kut.

    ReplyDelete
  5. soya duap... heheee...

    yus.. no tepon... tepon aku ilang lee... ngan no2 dlm suma ilang skali...

    ReplyDelete
  6. hampas kalau bnyk nk booking bole tk?

    nk bg kambeng aku makan... :P

    ReplyDelete
  7. patut la call xdpt. nak tulis kat sini takut ramai lak amik. hehe. ko bg no ko dulu ler. nanti aku call. nak hampas? boley jek

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. salam..
    bwa la blk air soya utk aku..
    aku ni hantu air soya..
    hehhe..
    =)

    ReplyDelete
  10. ko takut no tepon ko disebarkan kt tandas awam kann...?

    ReplyDelete
  11. Di mana saya boleh dapat beli mesin perah soya spt diatas

    ReplyDelete