Monday, July 27, 2009

Siri Menggigil Lutut : Serangan Dukun Lintah

AMARAN : BAGI YANG LEMAH SEMANGAT, ANDA DINASIHATKKAN TIDAK MENERUSKAN BACAAN INI!!
Pernahkah anda menonton filem seram versi lama seperti Pontianak Gua Musang, Sundel Bolong, Pocong, Si Manis Jambatan Ancol ataupun Dukun Lintah? Di sini aku ingin menceritakan kisah seram yang melanda aku sekeluarga iaitu Serangan Dukun Lintah.

27 Julai 2009. Petang itu cerah. Aku sedang menyiapkan satu tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah. Aku sedang dalam percutian selama seminggu kerana kampusku ditutup akibat wabak virus H1N1 yang menular di kampus cawangan yang lain seterusnya menyebabkan cuti pertengahan semester bagi semua kampus dipercepatkan.

Sedang aku menyiapkan tugasan tersebut, rumah aku dikunjungi oleh seseorang. Seorang wanita awal 30-an memberi salam. Aku kenal wanita itu. Dia membawa sebekas air berisi sesuatu. Seperti makhluk yang terkapai-kapai menita pertolongan. Dukun lintah rupanya!!

Dukun lintah ini cukup manis senyumannya. Dia seperti tahu apa yang bersarang dalam benak kami. Tanpa disuruh-suruh, Si Dukun mula menjalankan tugasnya. Kami terkejut. Tidak disangka-sangka, kami bakal menjadi mangsa Si Dukun pada petang tersebut. Mangsa Si Dukun yang pertama ialah Ali, sepupu aku. Si Dukun mengeluarkan 3ekor lintah dari bekasnya lalu diletakkan di tengkuk Ali. Ali memdiamkan diri sahaja kerana ketakutan. Setelah menjalankan ilmunya pada Ali, Si Dukun menyerang abahku pula. 2 ekor lintah ditikam di atas kaki abahku yang sudah tidak boleh berjalan.


(Ali menjadi mangsa pertama)

Tanpa menunggu jeritan dari abahku, Si Dukun bertindak ganas menyerang tengkukku dengan 2 ekor lintah yang dengan rakus menghisap darahku. Mak Ngah aku yang sungguh ketakutan tidak dapat mengelak. Kakinya yang bermasalah itu digigit dengan kejam oleh Sang Lintah. Terpejam-pejam mata Mak Ngahku itu. Akhir sekali, adik perempuanku, Farhana pula yang menjadi mangsa. Darah perawan itu disedut dengan ganas oleh seekor lintah dimukanya. Setelah keluarga kami menerima amukan lintah-lintah tersebut, Si Dukun pulang ke rumahnya dan hadir semula membawa bekas berisi lintah yang sudah gemuk kekenyangan darah. Sang lintah belum puas menyedut darah kami.

(Aku dan adik perempuanku tidak terlepas dari menjadi mangsa)


Setelah hampir sejam menunggu, Sang Lintah yang berada di tengkuk Ali tergolek kekenyangan darah. Darah Ali terus mengalir dari celahan luka akibat terkaman Sang Lintah. Kemudian Sang Lintah yang sedang enak meratah darahku pula tergolek kekenyangan kerana darahku sedap katanya. Sementara menunggu Sang Lintah yang lain kekenyangan, Si Dukun membawa peralatan dukunnya. Dia menyapu bahan jampinya di leher Ali dan aku untuk mengelakkan darah terus keluar.

(Abah dan Mak Ngah ketakutan menjadi mangsa Sang Lintah)


Setelah hampir tamat kerja-kerja menjampi dan menghisap darah oleh Sang Lintah, Si Dukun menjamah hidangan pengeras berupa tauhu panas (Tau Fu Fa). Hampir 2 jam kami darah kami disedut. Setelah tamat semuanya, abahku membayar pengeras tanpa diminta oleh Si Dukun. Begitulah kisah kami ‘diserang’ Dukun Lintah.

(Dukun Lintah Menjalankan Upacaranya)


(Sang Lintah Yang Kekenyangan)


*Si Dukun ialah Puan Aisyah, cikgu kepada adikku yang mengajar di PDK, pusat insan istimewa. Dia menyediakan rawatan alternatif bagi penyakit seperti kencing manis, resdung, migrain dan lain-lain. Dia tidak mengamalkan ajaran sesat. Artikel ini hanya mengubah konsep penceritaan sahaja.

7 comments:

  1. eleh..
    aku ingt psl apa la td..
    suspen je..
    hahaha..
    =p

    ReplyDelete
  2. Hehe. Seram tak? Ni betol-betol bukan cobaan tau.

    ReplyDelete
  3. eeeeeee............
    gelinye....

    ReplyDelete
  4. mm..bgus2..ader bakat jd pengarah cter seram..huhu
    t pos lintah tu ke muo yea...hehehehhhh

    ReplyDelete
  5. uiks.. komen aku yg dulu2 tu dah hilang ..huhuhu

    ke tuan tanah dah delete kan ni
    hehehhe

    ReplyDelete